Perkembangan Pokok Peria Katak Secara Fertigasi

Pokok Peria Katak (bahasa Inggeris: bitter gourd, bitter melon, balsam pear atau balsam apple) merupakan sejenis tumbuhan menjalar daripada keluarga Cucurbitaceae dan ditanam sebagai makanan. Tempat asalnya tidak diketahui kecuali pokok ini berasal dari kawasan tropika. Nama botaninya Momordica charantia. Mula disemai menggunakan kaedah fertigasi pada 24 Mei 2009.

Setelah berusia 6 hari, keempat-empat benih yang disemai telah mengeluarkan daun peringkat pertama. Keadaan pokok amat memuaskan dan tidak menunjukkan sebarang kecacatan ketara. Pada waktu ini ia hanya disiram 2 kali sehari dan di letak dibawah naungan berjaring 75% ketelusan cahaya. Ini bertujuan mengekalkan kelembapan kepada medium sabut kelapa yang digunakan.

Daun peringkat kedua mula keluar pada 10 Jun 2009, iaitu setelah berusia 18 hari. Penitis untuk larutan baja dan air mula dipasang bagi membekalkan nutrien yang mencukupi kepada keperluan pokok. Formulasi baja yang digunakan ialah sama seperti formulasi baja untuk lada kulai.

Pokok mula menjalar dan tumbuh dengan baik tanpa tanda-tanda serangan serangga ataupun bakteria. Pada 19 Jun 2009, usia pokok telah mencapai 27 hari sejak ia disemai. Belum ada sebarang racun serangga yang digunakan.

Comments

Popular Posts