Labu manis

Cubaan pertama dahulu menemui kegagalan kerana kesemua putik bunga betina gugur dan layu. Kehadiran kumbang ladybird menjadikan keadaan semakin buruk, kerana setiap helai daun dimakan olehnya. Akhirnya aku mengalah.
Aku mencuba lagi dengan menanam labu menggunakan kaedah fertigasi di dalam polibag. Perkembangan diperingkat awal cukup baik sehinggalah ia mengeluarkan bunga. Sayangnya hanya putik bunga jantan kelihatan. Aku mengalah lagi.
Kali ini aku mencuba lagi untuk kali ketiga dengan menggunakan kaedah fertigasi. Ikuti perkembanganya dari masa ke semasa.
Comments