Kursus Tanaman Fertigrasi


Hari ini bermulanya kursus tanaman fertigrasi selama 3 hari 2 malam yang dianjurkan oleh Agrobank, Utusan Malaysia dan MayConsult. Kursus yang memberi tunjuk ajar kepada peserta yang berminat untuk menjadikan teknologi Fertigrasi sebagai sumber pendapatan daripada sektor pertanian.

Sesi bersama Dr Mahamud daripada Mardi. Hari pertama yang memperlihatkan minat peserta kepada teknologi fertigrasi. Berbagai soalan yang diajukan bagi menyelesaikan setiap persoalan yg tebuku di dalam minda setiap bakal usahawan fertigrasi.

Untuk modal yang berjumlah RM5,000, seseorang pengusaha sudah mampu menguruskan 1000 pokok cili yang ditanam di dalam polibag dengan menggunakan media sabut kelapa sebagai ganti kepada tanah. Sekiranya segala prosedur diikuti dengan baik, ia mampu menghasilkan 2-4kg lada jenis KULAI bagi setiap pokok lada yang ditanam.

Lebih menarik, apabila terdapat beberapa orang dikalangan peserta yang berkongsi masalah yang mereka hadapi sewaku menggunakan teknologi ini. Sebagai seorang yang berpengalaman luas dalam teknologi ini, Dr. Mahamud dapat memberikan jawapan yang baik bagi setiap persoalan yang di kemukakan. Semoga kursus ini akan berjaya melahirkan Usahawan Fertigrasi yang tulen.

Comments

Ingin memulakan bisnes dalam penternakan?? Dapatkan buku ''Rahsia&Peluang Menjadi Penternak Jutawan'' di http://penternakjutawan.blogspot.com

Popular Posts