Lada Fertigrasi



Setelah hampir 2 bulan dipindahkan kepada pasu yang dikhususkan akhirnya pokok mula mengeluarkan buah, namun sejak seminggu lalu pokok kelihatan layu seperti tidak cukup air. Walaubagaimanapun, bagi pokok yang baru berusia sebulan tidak pula kelihatan layu malah segar dan mula mengeluarkan putik bunga.

Antara usaha yang telah dilakukan ialah dengan mengubah kadar masa daripada 3 minit kepada 5 minit bagi setiap siraman, namun masih tiada sebarang perubahan. Masalah serangga perosak seperti kutu daun pula telah diatasi dengan menggunakan racun serangga dan hari ini kelihatan tiada lagi kehadiran kutu daun disetiap pokok.

Buah lada mula membesar dan pokok pula semakin galak berbunga walaupun ia kelihatan layu. Kemungkinan kesan daripada layu(tidak cukup air) menyebabkan pokok mengalami stres dan menyebabkan ia menghasilkan bunga yang banyak. Walaubagaimanapun, permasalahan ini akan cuba diungkaikan.
Post a Comment

Popular Posts