Gunung Kinabalu


Aku jejakkan kaki di Kundasang jam 3pm. Pandanganku tak lepas memandang sebuah gunung yang begitu gagah berdiri seperti menyuruh orang memuji akan kebesaran ilahi.

Bertuah kepada mereka yang mempunyai wang dan mampu berkunjung ke tempat-tempat menarik ciptaan yang maha esa. Aku cuma sekadar mendapat ihsan daripada kerajaan untuk berada di sini. Jika tidak kerana itu mungkin hanya keajaiban sahaja yang mampu merialisasikan impian insan kerdil sepertiku.

Ya Allah kau kuatkanlah keimananku dan permudahkan segala perancangan.

Comments

Popular Posts