Cempedak madu


Sejak akhir ini aku dapati kebanyakan pokok di kawasan rumah mula mengalami keguguran daun. Pada permulaannya aku menyangka ia adalah keadaan biasa, tapi selepas diamati barulah aku sedari bahawa ia berkemungkinan serangan bakteria atau serangga yang dibawa oleh angin.

Permulaannya hanya melibatkan pokok Cempedak sahaja, namun hari ini kesemua pokok mempunyai gejala yang sama. 

Gejala

1. Partikel daun dibahagian hujung berubah menjadi kekuningan.
2. Keseluruhan daun menjadi kekuningan dan akhirnya gugur.

Antara cara mengatasi;

1. Petik dan kumpulkan semua daun yang mempunyai gejala yang dimaksudkan kemudian ia dibakar.

Berdasarkan penyelesaian yang dicadangkan aku kurang bersetuju kerana pembakaran adalah penyumbang kepada pencemaran alam semula jadi. 

Alangkah baik jika tiada pembakaran. Sehingga kesaat ini aku tidak pernah sekalipun melakukan pembakaran secara terbuka. Bagi aku mungkin ada cara lain yang lebih mesra alam dalam menanggani masalah ini dengan berkesan.

Comments

Anonymous said…
saya berpendapat kemungkinan besar tanaman di situ kekurangan nutrien atau baja. cuba anda perbaiki struktur tanah dan pembajaan pokok tersebut pasti anda dapat melihat perubahan dalam tempoh 1-2minggu.
saya syorkan baja sebatian 15:15:15 atau baja organik(tahi ayam berproses) sebarang maklumat pertanian hubungi saya faez 0135088716 (utama pertanian sdn bhd)

Popular Posts