Bahan sisa dapur boleh dijadikan bahan organic.

Kepada mereka yang tidak suka menggunakan racun kimia, bolehlah membuat sendiri racun organic daripada bahan-bahan sisa masakan yang lebih murah. Antaranya:

Air basuhan beras.

Boleh mengurangkan kesan keasidan tanah yang mengakibatkan pokok tidak dapat menyerap nutrien daripada tanah. Keadaan ini mengakibatkan pokok menjadi tidak sihat dan pembesaran menjadi hampir terbantut.

Penggunaan secara berkala sebagai siraman pada tanah akan mengurangkan keasidan tanah berkenaan dan mengembalikan fungsi akar pada tahap sepatutnya.

Kulit bawang.


Kulit bawang putih, bawang besar dan bawang merah mampu dijadikan sebagai unsur oganic kepada tanah. Ia akan membantu dalam menambah kesan peroi dan menjadi sumber baja kepada tanah apabila diuraikan oleh bakteria yang ada.

Ia juga boleh dijadikan sebagai sungkupan pada pangkal atau didalam pasu. Kaedah ini akan mengurangkan kadar pengeringan akibat kepanasan dan mengekalkan kelembapan tanah.

#Ikuti nanti bagaimana menghasilkan racun serangga daripada bahan-bahan dapur.
Post a Comment

Popular Posts