Kobis - Kekurangan baja

Pokok kobis yang ditanam menggunakan kaedah fertigasi. Pertumbuhan daun kelihatan tidak menarik dan mengecil. Keadaan ini berlaku kerana penitis yang digunakan tersumbat dan mengakibatkan pokok mendapat bekalan baja yang berkurangan.

Oleh itu, penitis perlulah diperiksa sentiasa agar penghantaran baja dapat dialirkan dengan baik.


Comments

Popular Posts