Proses Pemasuan Semula (Repotting)

Setiap tanaman memerlukan makanan dan air yang mencukupi bagi mengekalkan kesegaran dan kesuburannya. Untuk ini, akar ditugaskan untuk mencari sumber nutrien dan air bagi kegunaan pokok untuk penghasilan makanan. Makanan yang dihasilkan akan digunakan untuk mengeluarkan pucuk baru, bunga dan juga buah. Pada waktu yang sama juga pokok terpaksa mewujudkan cabang-cabang akar baru bagi mencari sumber nutrien dan air.

Bagi tanaman yang ditanam di dalam pasu, pergerakan akar adalah terhad. Kandungan nutrien juga terhad. Oleh itu proses pemasuan semula kebiasaannya dilakukan dalam memberi sedikit ruang tambahan agar pokok dapat mencari sumber nutrien yang baru daripada medium yang disediakan.

Berikut adalah apa yang aku lakukan, apabila pokok kelihatan tidak menarik dan mempunyai ciri-ciri berikut;
1. Akar mula kelihatan sehingga ke permukaan dan dibawah pasu.
2. Daun dan batang pokok mula mengecil.
3. Daun dibahagian pangkal pokok mula gugur dan tinggal daun yang baru sahaja.
Aku akan membasahkan medium pokok yang akan melalui proses pemasuan semula sehari sebelum aktiviti tersebut dilaksanakan. Ini akan membolehkan tanah dan pokok dapat dibuang daripada pasu dengan senang.

Sebelum menarik keluar pokok daripada pasu, sebaiknya dilonggarkan sedikit bahagian tepi pasu dan ketuk bahagian luar pasu agar ia akan menjadi sedikit longgar.

Cuba tarik dengan perlahan-lahan sambil mengetuk bahagian luar pasu sehingga keseluruhan pokok tersebut berjaya dikeluarkan. Beginilah keadaan pokok yang baru sahaja dikeluarkan daripada pasu. Akar pokok kelihatan padat dan tertumpu pada bahagian bawah pasu.

Beginilah keadaan perdu pokok yang telah dibuang akar yang berlebihan. 2/3 daripada medium asal dibuang.
Beginilah rupa pokok apabila selesai melalui proses pemasuan semula.
Hasil daripada pemerhatian, setiap pokok yang tidak diberi pembajaan yang mencukupi akan mempunyai akar yang padat dan terkeluar daripada pasu. Keadaan ini membuktikan bahawa akar terpaksa bekerja keras mencari nutrien untuk diberikan kepada induk.

Bagi pokok yang diberi pembajaan yang lengkap dan teratur, ia tidak mempunyai akar yang banyak dan padat. Oleh itu, proses pemasuan semula boleh dielakkan sekiranya proses pembajaan dapat dilakukan dengan sempurna.

Comments

Anonymous said…
Its simple and easy to understand. Like :D

Popular Posts