Kobis - Secara Fertigasi


Pokok kobis ini ditanam pada tarikh yang sama dan mendapat sumber air dan baja daripada punca yang sama. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan dari segi perkembangan pokok berkenaan.

Pokok disebelah kiri kelihatan lebih baih jika dibandingkan dengan sebelah kanan. Daun pokok kobis disebelah kanan kelihatan mengecil dan tidak terbentuk dengan baik jika dibanding dengan pokok disebelahnya. Jika dilihat daripada kedudukan di tapak tanaman, ia juga ditanam di dalam polibag secara bersebelahan.

Setelah dibuat pemeriksaan, penitis di kedua-dua pokok tidak berfungsi dengan baik kerana tersumbat. Kandungan cocopeat pokok disebelah kanan pula kelihatan lebih kering jika dibangdingkan dengan pokok disebelah kiri. Mungkin penitis pokok kanan telah beberapa hari tersumbat.

Situasi penerimaan cahaya juga berbeza bagi kedua-dua pokok. Pokok kiri menerima lebih banyak sinaran matahari jika dibandingkan dengan pokok kanan, kerana ia terletak dibawah naungan jaring hitam yang berkeupayaan 75% menapis pancaran matahari.

Analisa:

Kemungkinan keadaan yang berlaku:
  1. Pokok kanan menerima bekalan baja yang kurang kerana penitisnya lebih awal tersumbat daripada pokok kiri.
  2. Pokok kiri menerima lebih banyak cahaya.
Saya akan tuliskan pemerhatian seterusnya apabila kedua-dua penitis dan saluran paip telah dibersihkan daripada kekotoran. Apakah keadaan ini dipengaruhi oleh kadar cahaya ataupun penerimaan bekalan baja yang tidak stabil.

Comments

Popular Posts