Labu manis

Tertarik dengan kata-kata dari cerita haunted mansion, kegagalan yang sebenar ialah apabila kamu berhenti berusaha mengatasi kegagalan tersebut. Sekali lagi aku menyemai biji labu manis di dalam dua polibag.

Cubaan pertama dahulu menemui kegagalan kerana kesemua putik bunga betina gugur dan layu. Kehadiran kumbang ladybird menjadikan keadaan semakin buruk, kerana setiap helai daun dimakan olehnya. Akhirnya aku mengalah.

Aku mencuba lagi dengan menanam labu menggunakan kaedah fertigasi di dalam polibag. Perkembangan diperingkat awal cukup baik sehinggalah ia mengeluarkan bunga. Sayangnya hanya putik bunga jantan kelihatan. Aku mengalah lagi.

Kali ini aku mencuba lagi untuk kali ketiga dengan menggunakan kaedah fertigasi. Ikuti perkembanganya dari masa ke semasa.

Comments

Popular Posts