Tapak Semaian dan Pemulihan Sementara

Lama benar rasanya laman blog ini tidak dikemaskini sejak mula aku sekeluarga bersiap untuk berpindah hingga hari ini. Terdapat beberapa artikel yang tak dapat di habiskan dari segi perkembangan, terutama sekali mengenai pokok peria yang di tanam di dalam polibeg dengan menggunakan kaedah Fertigasi.

Jika ada rakan yang masih ingat pada tahun 2008 yang lalu, saya pernah muatkan artikel berkenaan air oh air yang mana kami sedang berusaha mendapatkan sumber air bagi projek nurseri. Kini pada bulan 11 tahun 2009, tapak semaian dan pemulihan ini sudah mula beroperasi walaupun masih ada beberapa perkakasan yang tidak dapat disediakan.

Mengikut perancangan asal, tapak ini akan ditanam dengan pokok lada secara fertigasi. Berdasarkan kepada keperluan semasa yang agak mendesak maka kami telah bahagikan kawasan yang tak seberapa ini kepada 3 kawasan yang akan dijadikan tapak pemulihan pokok perhiasan pejabat, tapak semaian dan tapak tanaman lada secara fertigasi.

Semoga ia akan berjalan dengan baik sepertimana yang dirancang.

Comments

Popular Posts